Join Malaysia Payperclick now and earn cash...

Get your cash now...

Get Paid Now..!!

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Just Click..

Monday 30 January 2012


Peta Dunia

Bagi sesiapa yang belum tahu,peta dunia jika diterbalikkan akan terbentuk tulisan Allah swt dan Nabi Muhammad saw, bagi yang belum tahu.
Qs.6 An’aam:75. “Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan di langit dan bumi dan agar dia termasuk orang yang yakin.”

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWQLwkJgZGUp9wm3KkkkBFwZu6JtczQC_tQzScx0BbPBKGr5wS_Bv5HJ9xi-kahnpOT586jxPkpgMXTsE3TKteODplIapncX7grX0FVKQIm_DWyFwo3miG9b52BxswuNA2l2WmzPN6VMA/s1600/ALLAH.jpg

Sunday 29 January 2012

AJL ke-26

Berakhir sudah debaran anugerah AJL ke-26 dengan menampilkan finalis2 yang hebat..Melalui AJL tersebut juga kita dapat lihat peningkatan arus muzik dalam industri hiburan di negara kita.Tahniah kepada para pemenang..Juara persembahan terbaik dirangkul oleh Alyah dengan Kisah Hati,Vokal Terbaik disandang oleh Hafiz dengan Awan Nano,manakala tmpat ktiga disandang oleh Faizal Tahir dengan Karma,tmpat kdua oleh trio 3 suara dengan Seribu sesalan dan Juara jatuh sekali lagi kepada Hafiz dengan lagunya yang menusuk kalbu,Awan Nano..Sememangnya lagu yang dicipta oleh komposer terkenal iaitu M.Nasir memang layak untuk menerima anugerah ini..Tahniah kepada semua pemenang..

Friday 27 January 2012

After Effect Tutorial Part 1

How to animate text..

Karya Imitasi Digital

Ini merupakan beberapa karya imitasi digital menggunakan Adobe Photoshop yang di hasilkan oleh pelajar Tahun 2 Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan,UMK..




Thursday 26 January 2012

A Great Photoshop Manipulation


















Hebat bukan?layannnzzz..

Tinggalan sejarah Wakaf Tuan Farrer






Inilah wajah tinggalan sejarah yang menjadi mercu tanda bandar Pasir puteh,Kelantan semasa pemerintahan Inggeris dahuklu sehingga sekarang.Wakaf ini di namakan Wakaf Tuan Farrer sempena dengan nama Ketua jajahan yang bernama Tuan Farrer.Wakaf ini di bina sekitar tahun 1915-1930 dan telah mengalami pelbagai ubahsuai.Wakaf ini telah di jadikan warisan sejarah dan menjadi jalan pekeliling antara Jalan Nara,Jalan Pondok,Jalan Kg Kelubi dan Jalan Sek.Ren.Keb Cina Kai Chih

Wednesday 25 January 2012

PUTRAJAYA, 26 Jan (Bernama) -- Lima buah universiti iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia diberi kuasa autonomi dalam usaha menjadi institusi berinovasi dan berdaya saing, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled berkata IPTA berkenaan diberi kuasa autonomi dalam empat bidang merangkumi urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik serta pengambilan pelajar.

"Pemberian autonomi ini bertujuan supaya tiada alasan lagi untuk universiti tersebut tidak mencapai kecemerlangan. Untuk mencapai kecemerlangan, mereka mesti ada kuasa autonomi dan tidak terikat dengan kaedah dan peraturan kerajaan," katanya pada sidang media selepas majlis amanat Tahun Baru 2012 KPT di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Khamis.

Katanya dengan pemberian kuasa autonomi, kelima-lima universiti berkenaan mempunyai peluang dan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan bagi memastikan institusi tersebut mencapai kecemerlangan dalam semua aspek.

Walaupun permohonan kemasukan ke IPTA tetap diuruskan oleh UPU, beliau berkata kelima-lima universiti itu diberi kuasa penyemakan kriteria, pemilihan dan pengumuman keputusan berdasarkan pilihan utama pelajar.

Mohamed Khaled berkata KPT terus memperhalusi kaedah pelaksanaan kuasa autonomi institusi berkenaan agar tidak timbul sebarang pertindihan terutamanya dalam proses pemilihan pelajar.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata kementerian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Putrajaya semalam berhubung isu penjualan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang dilaporkan akhbar.

"Semalam pegawai kewangan KPT telah membuat laporan polis. Ada beberapa maklumat yang didapati daripada laman web menawar untuk menebus baucer-baucer itu. Kita berharap ia dapat disiasat pihak polis," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan perbuatan beberapa penuntut institusi pengajian tinggi yang menyalahgunakan BR1M dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah serta menjualnya kepada pihak lain pada harga istimewa menerusi Internet.



-- BERNAMA

Universiti yang lain bila lg ye...~

The Fortress-Home of the Red Warriors sumber:http://www.facebook.com/ktrw2011

Pandangan Overhead Stadium Sultan Muhammad V.

Jika dilihat dengan teliti, stadium akan dibina dengan dikelilingi bahan bina terbaru dari Eropah yang memaparkan dinding luaran yang tembus cahaya. Maka pada waktu malam pada hari perlawanan, Stadium Sultan Muhammad V akan dilihat seakan-akan sedang MEMBARA dan akan menerangi kawasan sekitar.

Lampu limpah yang menerangi padang akan dipantulkan ke l
uar dan kawasan sekitar stadium akan kelihatan bercahaya. Consultant seni bina juga telah dibawa masuk untuk memastikan pembinaan stadium mengambil kira laluan angin agar suasana dalam stadium tidak panas untuk keselesaan penonton.

Tempat duduk penonton turut dibina dengan mengambil kira faktor keselamatan memudahkan keluar masuk. Kami banyak menerima cadangan agar dibina kawasan tontonan khusus, misalnya untuk Zon Keluarga (bagi mereka yang membawa kanak-kanak), Zon Berdiri (untuk fans yang die hard seperti Ultras) dan juga Zon Istimewa (untuk penyokong yang perlu khidmat khas atau mereka yang mengalami masalah mobiliti).

Semua ini telahpun dibincangkan dengan arkitek dan planner bulan lalu. Insya Allah pelan dalam Stadium akan kami paparkan juga tak lama lagi. Hari Sabtu ini menentang KL, penyokong semua pakat turun Stadium Sultan Muhammad IV ok? Kita bagi preview bagaimana Stadium kita akan dipenuhi selepas dibina nanti! Gomo Kelate Gomo!!
Amboi3..!! hebatnya stadium baru ni..Xsbr rsa nya nk jejakkan kaki dlm stadium yang mengalahkan Old Trafford ni..huhu
 


Ni la antara rekaan produk dari pelajar tahun 2 jurusan teknologi kreatif dan warisan,Universiti Mlaysia Kelantan..Semuanya kreatif2..layannzz...

XAD Day Series 8 '12 UMK

Xad day untuk siri 2011/2012..rekaan produk dari pelajar tahun 3 Universiti Malaysia Kelantan..Cun..!!
Reggae style..huhu~~