Join Malaysia Payperclick now and earn cash...

Get your cash now...

Get Paid Now..!!

DonkeyMails.com: No Minimum Payout

Just Click..

Wednesday 25 January 2012

PUTRAJAYA, 26 Jan (Bernama) -- Lima buah universiti iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia diberi kuasa autonomi dalam usaha menjadi institusi berinovasi dan berdaya saing, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled berkata IPTA berkenaan diberi kuasa autonomi dalam empat bidang merangkumi urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik serta pengambilan pelajar.

"Pemberian autonomi ini bertujuan supaya tiada alasan lagi untuk universiti tersebut tidak mencapai kecemerlangan. Untuk mencapai kecemerlangan, mereka mesti ada kuasa autonomi dan tidak terikat dengan kaedah dan peraturan kerajaan," katanya pada sidang media selepas majlis amanat Tahun Baru 2012 KPT di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Khamis.

Katanya dengan pemberian kuasa autonomi, kelima-lima universiti berkenaan mempunyai peluang dan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan bagi memastikan institusi tersebut mencapai kecemerlangan dalam semua aspek.

Walaupun permohonan kemasukan ke IPTA tetap diuruskan oleh UPU, beliau berkata kelima-lima universiti itu diberi kuasa penyemakan kriteria, pemilihan dan pengumuman keputusan berdasarkan pilihan utama pelajar.

Mohamed Khaled berkata KPT terus memperhalusi kaedah pelaksanaan kuasa autonomi institusi berkenaan agar tidak timbul sebarang pertindihan terutamanya dalam proses pemilihan pelajar.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata kementerian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Putrajaya semalam berhubung isu penjualan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang dilaporkan akhbar.

"Semalam pegawai kewangan KPT telah membuat laporan polis. Ada beberapa maklumat yang didapati daripada laman web menawar untuk menebus baucer-baucer itu. Kita berharap ia dapat disiasat pihak polis," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan perbuatan beberapa penuntut institusi pengajian tinggi yang menyalahgunakan BR1M dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah serta menjualnya kepada pihak lain pada harga istimewa menerusi Internet.



-- BERNAMA

Universiti yang lain bila lg ye...~

No comments:

Post a Comment